BELANJAWAN 2025 > BERITA

Pasukan Atase Pertahanan Diketuai Malaysia Lawat Preah Vihear

20/08/2025 09:01 PM

Oleh Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 20 Ogos (Bernama) -- Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, pada Rabu mengadakan lawatan ke wilayah Preah Vihear yang sebelum ini menjadi titik panas konflik antara kedua-dua negara.

Kementerian Pertahanan Negara dalam kenyataan berkata IOT, yang diketuai oleh Atase Pertahanan Malaysia ke Kemboja Kolonel Nazlee Abdul Rahim, akan melawat kawasan sekitar Kuil Preah Vihear yang terkenal di dunia itu.

“Mereka melawat wilayah ini pagi ini untuk memerhati, mengesahkan dan melaporkan perkembangan keadaan selepas gencatan senjata,” kata jurucakap kementerian, Maly Socheata, pada sidang media.

Dipimpin oleh Malaysia, IOT turut disertai atase pertahanan dari Brunei, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam, yang dijadualkan melawat kawasan terjejas konflik di utara Kemboja.

Mereka bertanggungjawab melaporkan keadaan keselamatan di wilayah yang terjejas.

Kemboja terus mendesak pembebasan 18 askarnya yang ditahan Thailand sejak 21 hari lalu, menurut kementerian itu.

Konflik sempadan berkenaan bermula pada pagi 24 Julai dan berakhir selepas campur tangan Malaysia selaku pengerusi ASEAN, bersama Amerika Syarikat dan China.

Semasa Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Kemboja-Thailand pada 7 Ogos, kedua-dua negara bersetuju dengan perjanjian damai 13 perkara yang termasuk penubuhan IOT.

-- BERNAMA

 

 

       


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan