BELANJAWAN 2025 > BERITA

TikTok Shop: Sokongan Bernilai Jutaan Ringgit #JomLokal Tingkat Jualan Produk PMKS Lebih 130 Peratus

25/08/2025 11:54 AM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- TikTok Shop selaku sebuah platform e-dagang dipercayai di Malaysia, membawakan semangat “Rakyat Disantuni” menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, apabila mencatat peningkatan jualan lebih 130 peratus dari tahun ke tahun (YoY) untuk produk tempatan dan perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), hasil sokongan jutaan ringgit di bawah inisiatif #JomLokal.

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata inisiatif #JomLokal mewakili komitmen kolektif dan berterusan TikTok Shop, dalam memperkasakan perniagaan kecil tempatan dan mengetengahkan produk buatan Malaysia.

“Sejak pelancaran inisiatif ini pada tahun 2023, kami telah membiayai berjuta-juta ringgit dalam bentuk pendedahan tambahan di platform, baucar diskaun dan sumber pemasaran setiap tahun, untuk membantu ribuan perniagaan #JomLokal berkembang secara mampan dan berkembang di TikTok Shop.

“Amat memberangsangkan untuk menyaksikan bagaimana inisiatif ini memberikan impak nyata kepada PMKS tempatan, serta mengukuhkan kehadiran jenama tempatan dalam ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu jenama dan produk tempatan ini, boleh didapati dengan mudah di TikTok Shop melalui ikon #JomLokal yang dipaparkan dengan jelas di bahagian atas laman utama aplikasi tersebut.

Melalui ekosistem Shoppertainment penuh yang unik dan inklusif oleh TikTok Shop, perniagaan #JomLokal dapat berhubung dengan komuniti pembeli di seluruh negara secara menyeluruh, daripada penemuan produk sehinggalah ke pembelian, dengan lancar.

“TikTok Shop komited untuk mempergiat sokongan terhadap #JomLokal sempena sambutan Merdeka dan juga dalam bulan-bulan akan datang. Semua pesanan di TikTok Shop turut dilindungi Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Percuma, untuk memberikan pengalaman beli-belah dalam talian yang selamat dan tanpa kerisauan,” menurut kenyataan itu.

Sebuah perniagaan milik keluarga tempatan Frisha Classic Desserts and Bakery, telah berjaya mencatatkan purata jualan lima angka setiap bulan, hasil lonjakan pertumbuhan melalui sesi penstriman langsung dan video jualan.

Pengurus bersama kedai roti tersebut Frisha Fazara Ishak, meluahkan rasa syukur keluarganya kepada TikTok Shop kerana menyokong PMKS tempatan melalui #JomLokal.

“Dengan lebih 7,000 pengikut, kami benar-benar percaya bahawa kuasa Shoppertainment mampu menyamakan peluang untuk perniagaan kecil, agar dapat dikenali dan membina pelanggan setia. Jika ibu bapa saya yang berusia 70-an pun boleh lakukannya, sesiapa pun boleh,” katanya.

Usahawan baharu, PMKS tempatan dan jenama buatan tempatan yang ingin memacu pertumbuhan perniagaan mereka boleh mendaftar di TikTok Shop Seller Centre dan meneroka tutorial langkah demi langkah di TikTok Shop Academy.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif #JomLokal TikTok Shop, boleh lawati: https://vt.tiktok.com/ZSALqUU6v/

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan