BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kejohanan Dunia 2025: Jun Hao Mara Ke Pusingan Kedua, Jin Wei Kandas

26/08/2025 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas melepasi cabaran pusingan pertama di Paris, Perancis hari ini.

Beraksi di Adidas Arena, pemain ranking ke-25 dunia itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan wakil Switzerland, Tobias Kuenzi dengan kemenangan staight set, 21-12 dan 21-14.

Pemain berusia 26 tahun itu bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila menentang pemain pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto, yang menewaskan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei 21-13, 21-13.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir selepas kecundang di tangan pemain ranking ke-14 dunia dari China, Gao Fang Jie 14-21, 9-21.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, K. Letshanaa tidak berdepan masalah apabila menundukkan pemain Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta 21-18, 21-8 untuk mara ke pusingan kedua.

Namun, ujian sebenar menanti pemain ranking ke-40 dunia itu apabila dijadual bertemu bekas juara dunia dari India, PV Sindhu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan