BELANJAWAN 2025 > BERITA

Seminar Antarabangsa Di Xinjiang Tumpukan Usaha Perangi Keganasan

27/08/2025 09:56 PM

URUMQI, 27 Ogos (Bernama-CMG) -- Seminar antarabangsa edisi ketiga mengenai pembanterasan keganasan berlangsung di Urumqi, wilayah Xinjiang, barat laut China pada Selasa.

Bertemakan "Global Counterterrorism and Security Governance under New Circumstances: Regional and International Responsibilities", seminar itu menarik penyertaan hampir 100 wakil dari lebih 20 negara dan pertubuhan serantau termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Rusia, Kesatuan Afrika (AU) dan lain-lain.

Menurut wakil China, Presiden Xi Jinping telah menyarankan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) bagi menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Inisiatif berkenaan turut menawarkan pendekatan baharu untuk memperkasa kerjasama antikeganasan di peringkat antarabangsa serta menangani cabaran yang berkaitan.

Para peserta sependapat bahawa semua negara perlu memikul tanggungjawab antarabangsa dan bertindak tegas membanteras keganasan dalam segala bentuk.

Mereka turut memuji kejayaan Xinjiang dalam usaha menghapuskan keganasan dan ekstremisme, sambil menambah pengalaman berkenaan boleh ditimba oleh masyarakat antarabangsa.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Luar Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Institut Pengajian Antarabangsa China (CIIS) dan Majlis Komuniti Muslim Dunia (WMCC), dengan mendapat sokongan daripada Kementerian Luar China dan kerajaan tempatan Xinjiang.

–BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan