BELANJAWAN 2025 > BERITA

China "Enjin" Pembangunan SCO - Presiden Belarus

01/09/2025 12:38 PM

BEIJING, 1 Sept (Bernama-CMG) -- Keanggotaan Belarus dalam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada tahun lepas merupakan perkara yang amat signifikan bagi negara itu, kata Presiden Belarus Alexander Lukashenko.

Lukashenko menganggap SCO kini merupakan pertubuhan yang tidak dapat dirosakkan oleh sebarang pihak.

"Tanpa disedari, tumpuan pengaruh dunia sedang beralih ke SCO secara stabil dan kami (Belarus) merupakan antara anggotanya," kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Beliau turut memberi perumpamaan SCO sebagai sebuah keluarga besar dan anggotanya bersama-sama mengadakan perbincangan dan merancang masa depan.

Mengulas mengenai usaha yang dilakukan China sempena kepengerusian SCO pada tahun ini, Lukashenko berpendapat bahawa negara Tembok Besar itu berperanan sebagai "enjin" bagi memacu pembangunan pertubuhan berkenaan.

Menurut beliau, China mampu menjadi pemangkin pembangunan SCO yang meliputi pelbagai aspek termasuk kerjasama keselamatan, keselamatan siber dan pembinaan laluan logistik.

"China juga komited memainkan peranan sebagai peneraju menerusi tindakan praktikal dan memberi banyak sumbangan yang pragmatik kepada SCO," katanya.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan