BELANJAWAN 2025 > BERITA

Rapid KL Tawar Ganjaran E-dompet Kepada Penumpang Bas Perantara

03/09/2025 01:20 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Penumpang bas Rapid KL berpeluang menebus pin e-dompet Touch ’n Go (TNG) sehingga RM10 dengan menaiki bas perantara menerusi kempen #JomNaikFeeder 2.0 bermula hari ini hingga 30 Nov. 

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan setiap 20 perjalanan lengkap melayakkan penumpang menebus pin e-dompet TNG bernilai RM5 manakala 30 perjalanan membolehkan penebusan RM10.

“Penumpang hanya perlu mendaftar dengan mengimbas kod respons pantas (QR) disediakan di dalam bas perantara dan menggunakan kad sama bagi mengumpul perjalanan dengan 1,000 penumpang terawal akan dipilih untuk penebusan,” menurut kenyataan itu. 

Kempen terbuka kepada semua pengguna tanpa tunai perkhidmatan bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) bagi pemegang Pas My50, MyCity, MyTourist, Kad Konsesi MyRapid, OKU Smile dan pengguna kad TNG.

Rapid KL menyasarkan pertumbuhan jumlah penumpang sebanyak 6.8 peratus sepanjang tempoh itu berbanding fasa pertama kempen yang mencatatkan purata jumlah penumpang bas sebanyak 5.5 peratus pada hujung tahun lepas. 

“Kempen ini jelas membuktikan bas perantara semakin mendapat tempat sebagai pilihan utama perjalanan batuan pertama dan akhir (first-and-last mile),” menurut kenyataan itu. 

Pemangku Ketua, Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Ashok Panchalingam berkata kejayaan #JomNaikFeeder 1.0 mencetuskan inspirasi untuk meneruskan usaha itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan