BELANJAWAN 2025 > BERITA

Wushu Dunia 2025: Cheong Min Raih Perak, Hampir Gugat Juara Dunia

04/09/2025 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) – Ratu wushu negara Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia apabila menghadiahkan pingat perak buat Malaysia pada penampilan di Kejohanan Wushu Dunia ke-17 di Brasilia, Brazil. 

Menurut kenyataan Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, Cheong Min yang beraksi dalam acara nandao wanita mpersembahkan rutin bertenaga untuk mengumpul 9.726 mata, hanya dipisahkan 0.02 mata daripada juara dunia dari China Zhang Yaling yang mengungguli saingan dengan 9.746 mata.

Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan status Cheong Min sebagai antara atlet wushu terbaik Malaysia dan dunia, selepas sebelum ini memperoleh pingat emas pertama dalam acara wushu di Sukan Dunia di Chengdu, China, bulan lepas.

Sebagai rekod, altet kelahiran Melaka itu pernah merangkul gelaran juara dunia 2017 di Kazan, Rusia dalam acara duilian, sebelum menambah gelaran keduanya pada 2019 di Shanghai, China dalam acara nandao.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Lee Jia Rong turut menambah koleksi pingat apabila menyumbang gangsa dalam acara gunshu wanita dengan catatan 9.703 mata. 

Pingat emas acara itu dimenangi wakil China (9.746) manakala perak menjadi milik atlet Macau (9.713).

--  BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan