BELANJAWAN 2025 > BERITA

Wushu Dunia 2025: Shin Peng Hadiahkan Emas Qiangshu

05/09/2025 12:01 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Atlet wushu lelaki negara Si Shin Peng menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Kejohanan Wushu Dunia ke-17 berlangsung di Brasilia, Brazil semalam.

Menurut kenyataan Persekutuan Wushu Malaysia, atlet yang beraksi dalam acara qiangshu itu mengungguli saingan selepas mengumpul 9.756 mata, mendahului 0.013 mata dengan pencabar terdekat dari Macau, Chi Hin Kuong di tempat kedua.

Gangsa pula menjadi milik Motoyoshi Araki dari Jepun dengan 9.740 mata.

Terdahulu, kem wushu negara meraih pingat perak acara nandao wanita menerusi Tan Cheong Min dan Lee Jia Rong menghadiahkan pingat gangsa acara gunshu wanita.

Kejohanan Wushu Dunia ke-17 berlangsung selama lapan hari dan berakhir Ahad ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan