BELANJAWAN 2025 > BERITA

Hari Malaysia: Cuaca Baik Diramal Pada Malam Sambutan Di Butterwoth, Pagi Hujan

15/09/2025 11:49 AM

GEORGE TOWN, 15 Sept (Bernama) -- Cuaca di Butterworth yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia esok diramalkan hujan pada sebelah pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook bagaimanapun memaklumkan keadaan mendung dijangka pada sebelah petang, manakala cuaca baik tanpa hujan diramal pada sebelah malam ketika acara kemuncak sambutan berlangsung.

Berdasarkan laporan cuaca yang dipaparkan menerusi laman sesawang MetMalaysia, suhu minimum dijangka sekitar 25 darjah Celsius, manakala maksimum boleh mencecah 35 darjah Celsius pada hari berkenaan.

Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth dekat sini, dengan pelbagai pengisian menarik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri sambutan pada 8.30 malam, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan