IMIGRESEN PAHANG TAHAN 30 PENDATANG ASING TANPA IZIN

04/05/2024 06:33 PM

KUANTAN, 4 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah ini pada semalam hingga awal pagi tadi.  

JIM Pahang dalam kenyataan melalui Facebook memaklumkan kesemua PATI yang ditahan dalam serbuan yang bermula pada 10.05 pagi semalam hingga 4 pagi tadi, berusia antara 22 hingga 51 tahun membabitkan 10 warganegara Indonesia, tujuh (Thailand), dua (Myanmar), 10 (Bangladesh) dan seorang (Kemboja). 

“Operasi yang melibatkan 18 pegawai ini menyerbu dan memeriksa 55 PATI hasil daripada maklumat orang awam, dengan 30 daripadanya telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal di negara ini lebih masa dibenarkan. 

“Kesemua tahanan itu direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imgiresen 1959/63 di Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut dan pemilik rumah terlibat akan dikesan bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu. 

JIM Pahang juga menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai keberadaan PATI di negeri ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kebanjirannya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan