JABATAN IMIGRESEN PERAK TAHAN 29 WARGA ASING DI IPOH ATAS PELBAGAI KESALAHAN

07/06/2024 04:12 PM

IPOH, 7 Jun (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia Perak menahan 29 warga asing dan seorang warga tempatan dalam dua operasi penguatkuasaan di sekitar sini semalam, atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Pengarahnya Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata operasi itu melibatkan pemeriksaan keatas 100 warga asing di beberapa premis rumah kongsi dan bengkel kenderaan di sekitar bandar raya dari pukul 10 malam hingga kira-kira 4.30 pagi.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 17 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi bersama dengan Pasukan Gerakan Am, kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka terdiri daripada 12 lelaki warga Bangladesh, enam lelaki dan dua warga Indonesia, sembilan lelaki warga Myammar serta seorang lelaki tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Meor Hezbullah berkata kesemua warga asing itu kini ditahan di Depot Imigresen Ipoh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan