APMM RAMPAS BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN TERENGGANU

10/06/2024 05:27 PM

KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan Vietnam serta 10 kru termasuk tekong kerana menceroboh perairan negeri ini, Sabtu lepas.

Pengarahnya Khairulanuar Abd Majid berkata tangkapan itu dibuat pada 6.39 petang menerusi Op Naga Barat di kedudukan 97 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Beliau berkata selain bot, pihaknya turut merampas peralatan menangkap ikan, diesel dan hasil tangkapan dengan nilai keseluruhan RM1 juta.

"Pemeriksaan mendapati tekong dan kru yang berusia antara 30 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

"Kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu di Pulau Kambing untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/1963, jika sabit kesalahan tekong boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta manakala RM100,000 bagi setiap kru atau penjara tidak melebihi dua tahun," katanya.

Beliau berkata APMM merekodkan 13 kes pencerobohan nelayan asing dengan nilai rampasan mencecah RM13.5 juta bermula Januari sehingga semalam.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan