OP DADU KHAS: 102 INDIVIDU DITAHAN DI JOHOR

11/06/2024 07:51 PM

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 102 individu termasuk 11 warga asing yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi di negeri ini ditahan menerusi Op Dadu Khas yang dilaksanakan pada Sabtu lepas hingga semalam. 

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kesemua yang ditahan menerusi 87 serbuan itu terdiri daripada 90 lelaki dan 12 wanita berusia lingkungan 18 hingga 67 tahun. 

Beliau berkata operasi itu melibatkan 15 pegawai kanan dan 96 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor yang memfokuskan tindakan membanteras kegiatan judi dalam talian, loteri awam tanpa lesen dan lain-lain kegiatan secara menyeluruh. 

“Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM15,195 dan pelbagai peralatan perjudian termasuk 94 telefon bimbit, 39 ‘mobile printer’, 155 kertas catatan, 104 daun terup, meja, kerusi, pen serta modem WiFi untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua individu terbabit kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c), Seksyen 4B(a), Seksyen 4A(a) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953; Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63; Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1969/63.

Menurut Kumar sejak 1 Jan hingga semalam, sebanyak 1,594 individu di negeri ini turut ditahan atas pelbagai kesalahan perjudian menerusi 1,168 serbuan dengan membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM460,855.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan