MAQIS SELANGOR SITA SERBUK PROTEIN WHEY DARI BELANDA

13/06/2024 12:00 PM

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menyita sejumlah 26,000 kilogram (kg) serbuk protein whey (dadih susu) dari Belanda dianggarkan bernilai RM140,036 di Pelabuhan Klang Barat, Isnin lepas.

Pengarahnya Mohd Sobri Md Hashim berkata rampasan dagangan itu melibatkan sebuah kontena susulan pemeriksaan fizikal yang dilakukan pihaknya di sebuah gudang sekitar 3 petang. 

“Sitaan barang dagangan itu dilakukan kerana dipercayai menggunakan dokumen mengelirukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana mengemukakan maklumat mengelirukan iaitu maklumat nombor loji dalam permit import tidak sama dengan kotak pada dagangan. 

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan