POLIS SELAMATKAN REMAJA OKU MANGSA EKSPLOITASI BURUH PAKSA

13/06/2024 08:05 PM

SEREMBAN, 13 Jun (Bernama) -- Polis menyelamatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah rumah di sini semlam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata remaja berusia 14 tahun itu diselamatkan pada 5.30 petang dan susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

"Seorang daripada lelaki itu dipercayai bertindak mengawal remaja terbabit ketika mengumpul barangan lusuh di rumah itu manakala seorang lagi dipercayai menggaji mangsa.

"Remaja terbabit dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala remaja berkenaan ditempatkan di rumah perlindungan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan