BEKAS PENJAWAT AWAM DIDAKWA KEMUKA TUNTUTAN PALSU LEBIH RM300,000

14/06/2024 04:29 PM

LABUAN, 14 Jun (Bernama) -- Bekas penjawat awam berusia 38 tahun memohon dibicarakan di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas kesalahan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RMRM335,933 antara Januari 2015 hingga Januari 2016.

Fairuzul Fazillah Musa, yang berasal dari Sarawak, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini.

Mengikut pertuduhan, Fairuzul secara curang mengemukakan beberapa siri borang tuntutan sebagai dokumen tulen dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Joe Randy memohon jaminan sebanyak RM80,000.

Hakim kemudiannya membenarkan jamian R10,000 dengan seorang penjamin dan kes dijadualkan 27 Julai ini untuk sebutan semula.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan