MAQIS RAMPAS RUMPAI LAUT KERING BERNILAI RM10,000 DARI KOREA SELATAN

27/06/2024 06:09 PM

BUTTERWORTH, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas rumpai laut kering bernilai RM10,000 yang dibawa masuk dari Korea Selatan dan tiada permit import sah, semalam.

MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan konsainan dagangan sebanyak 200 kilogram itu dirampas hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan di pintu masuk Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD) di sini.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian, haiwan, karkas, ikan, produk pertanian, tanah dan mikroorganisma tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," menurut kenyataan itu.

Pihak MAQIS sentiasa mengambil langkah serius dalam isu yang melibatkan keselamatan dan keterjaminan makanan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan industri makanan negara terjamin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan