WANITA DILAPOR HILANG SELEPAS HANTAR KERETA SEWA KEPADA PELANGGAN

12/07/2024 06:26 PM

IPOH, 12 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata laporan kehilangan wanita dikenali sebagai Nur Farah Kartini Abdullah itu dibuat rakan serumahnya pada 1.56 pagi, semalam.

“Rakan mangsa ada cuba menghubunginya namun tiada balasan. Difahamkan, mangsa mempunyai teman lelaki dan pihak polis sedang mengesannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.

Justeru polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-4596122 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan wanita itu setelah satu hantaran dimuat naik pengguna dipercayai rakannya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan