323 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPERASI HAWK DI PAHANG

13/07/2024 08:29 PM

KUANTAN, 13 Julai (Bernama) -- Polis menahan 323 individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM97,000 dalam Operasi HAWK selama empat hari yang berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata operasi membabitkan 17 pegawai dan 101 anggota itu telah menyerbu 193 kawasan hotspot di seluruh negeri ini. 

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 319 lelaki dan empat perempuan berumur lingkungan 16 hingga 63 tahun. 

“Daripada jumlah itu, 42 tangkapan di bawah kategori kesalahan bekalan atau pengedaran, 77 kesalahan memiliki dadah dan 204 berkaitan kesalahan urin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata melalui operasi itu juga, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang menahan lapan lelaki yang dikehendaki berkaitan kesalahan dadah.

Noor Hisam berkata dadah dirampas dianggar bernilai RM97,147 selain dua kenderaan dan wang tunai berjumlah RM30,600 turut disita dalam operasi berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan