PEKERJA LADANG WARGA ASING MAUT DITETAK

13/07/2024 08:23 PM

SANDAKAN, 13 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja ladang warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuh di belakang rumah kongsi pekerja ladang sawit di Segaliud di sini Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt K. Ramasamy berkata mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai pada 6 pagi oleh pekerja ladang dan pemeriksaan menemukan kesan tetak pada bahagian belakang kepala serta leher.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dari ladang bersebelahan datang ke rumah kongsi rakannya pada Rabu malam untuk minum. Semasa minum bersama rakan-rakan, mangsa dipercayai ditetak oleh seorang daripada rakannya itu.

"Sejurus kejadian berlaku, suspek yang juga seorang lelaki warga asing telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramasamy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan