MAYAT LELAKI TANPA IDENTITI DITEMUKAN TERAPUNG DI SUNGAI MALIM

17/07/2024 10:47 AM

MELAKA, 17 Julai (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata sepasukan anggota polis dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu digerakkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira 4.16 petang.

"Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri selain terdapat ikatan menggunakan tali nilon dibalut plastik hitam melilit bahagian pinggangnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata simati turut diikat bersama sebiji batu dengan tali berukuran lebih kurang 17.7 sentimeter serta terdapat kesan gigitan binatang di beberapa bahagian lengan mangsa.

"Tiada sebarang saksi yang berada di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan