MAHKAMAH TINGGI SABAH DAN SARAWAK MULA GUNA E-PG SEMALAM

18/07/2024 05:53 PM

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian yang juga dikenali sebagai e-PG mula digunakan di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak semalam.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak memaklumkan telah mengguna pakai inovasi itu dan memperkenalkan modul e-PG mereka sendiri melalui e-Kehakiman Sabah dan Sarawak (e-KSS).

“Sistem yang inovatif ini membolehkan individu didakwa di bawah 42 kesalahan trafik ringan membuat pengakuan salah secara elektronik sekali gus meningkatkan kecekapan dan kebolehcapaian serta mengurangkan keperluan untuk mereka hadir di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

E-PG pertama kali digunakan di Mahkamah Magistret Shah Alam pada 5 Feb 2021.

Menurut kenyataan itu platform e-PG menawarkan ‘interface’ yang selamat dan mesra pengguna untuk penerima saman trafik memahami tata cara pengakuan salah secara dalam talian dan ia dianggap wajar serta dibenarkan oleh undang-undang. 

Kenyataan itu memaklumkan dengan membenarkan penerima saman menyelesaikan kes mereka secara jarak jauh ia dapat menjimatkan masa, mengurangkan kesesakan di mahkamah dan memberi pilihan yang lebih wajar kepada individu yang mungkin menghadapi rintangan untuk hadir di mahkamah.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan