KPDN PERAK SITA 20 TONG LPG DISIMPAN TANPA LESEN DI BATU KURAU

19/07/2024 06:29 PM

IPOH, 19 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 20 unit tong gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram pelbagai jenama serta dokumen berkaitan dengan anggaran nilai keseluruhan RM1,856.40 di Batu Kurau, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pemeriksaan oleh Penguat Kuasa KPDN Cawangan Taiping terhadap sebuah premis kedai runcit di pekan Batu Kurau itu menemukan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 itu di dalam premis terbabit.

"Pemilik premis tidak dapat mengemukakan sebarang permit atau lesen menyimpan barang kawalan apabila diminta. Sehubungan dengan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembekal barang kawalan yang terlibat juga akan disiasat dan jika terbukti terlibat, akan dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 kerana menjual kepada pihak yang tidak mempunyai kebenaran pengawal.

Justeru, katanya tindakan itu menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) PPKB 1974.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan