LELAKI MYANMAR CEDERA DI BAHU TERKENA TEMBAKAN DALAM KEBUN GETAH

21/07/2024 02:29 PM

ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga Myanmar cedera di bahagian bahu selepas dipercayai terkena tembakan dalam kejadian di kawasan kebun getah di Naka, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 5.45 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Polis menerima laporan dari orang awam yang memaklumkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahu disyaki terkena tembakan semasa berada di dalam kebun getah berkenaan. Penoreh geth berumur 40-an itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis sedang berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan