APMM Selangor Tahan Bot Penumpang Langgar Syarat Sah Lesen

16/08/2024 04:11 PM

SHAH ALAM, 16 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot penumpang kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Pelabuhan Barat, Klang semalam. 

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot itu yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Barat, ditahan pihaknya kira-kira 12.20 tengah hari ketika melaksanakan rutin operasi harian di perairan Selangor. 

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati terdapat dua lelaki warga tempatan berusia 24 dan 26 tahun bertindak selaku nakhoda dan kru bot berkenaan, namun nama mereka tiada dalam lesen bot terbabit. 

"Pemeriksaan dokumentasi mendapati bot itu telah melanggar syarat sah lesen. Bot dan nakhoda serta kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Abdul Muhaimin berkata kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan mengingatkan komuniti maritim agar peka dengan syarat lesen yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan