Pekebun Rugi Lebih RM100,000 Terpedaya Pelaburan Mata Wang Kripto

18/08/2024 01:43 PM

KUANTAN, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang pekebun kerugian RM117,289 selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata wanita berusia 36 tahun itu berminat  menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek, baru-baru ini.

Beliau berkata mangsa mula melabur RM110 dan menerima pulangan RM145 sebelum melakukan 27 transaksi ke dalam 20 akaun berbeza kerana percaya dengan pelaburan itu.

“Dalam tempoh tiga hari daripada tarikh pelaburan, duit simpanan mangsa telah lesap. Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisam menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan