Bekas Penolong Jurulatih Boling Bebas Tuduhan Cabul Atlet Sukma

22/08/2024 04:00 PM

KUALA TERENGGANU, 22 Ogos (Bernama) --  Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini melepas dan membebaskan bekas penolong jurulatih boling daripada tuduhan mencabul seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma), tujuh tahun lepas.

Mat Salleh Jalani, 61, bebas daripada tuduhan tersebut selepas Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan untuk menerima rayuannya bagi mengetepikan perintah sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang diputuskan Mahkamah Majistret Januari lepas.

Berdasarkan pertuduhan, Mat Salleh didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap atlet lelaki berkenaan yang ketika itu berusia 13 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya.

Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) itu didakwa dilakukan semasa dalam kereta di parkir kereta sebuah pusat beli-belah di sini, kira-kira pukul 5 petang pada Mei 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Nadzir Abdullah dan Marlisa Marzuki daripada Mohd Hayyatuddin & Co.

 -- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan