BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 

Pasangan Suami Isteri Maut Kereta Langgar Tembok Di Kuala Kangsar

24/08/2024 07:37 PM

IPOH, 24 Ogos (Bernama) -- Sepasang suami isteri maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu merempuh tembok di Jalan Kuala Kangsar berhampiran sebuah premis jual beli kenderaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian pada 10.46 malam itu, kesemua mangsa sedang dalam perjalanan dari Tasek menuju ke Pekan Ipoh sebelum kenderaan dipandu lelaki berusia 52 tahun berkenaan hilang kawalan lalu merempuh tembok di kiri jalan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, dua penumpang yang juga ibu bapa mertua kepada pemandu berkenaan berumur dalam lingkungan 49 hingga 75 tahun disahkan maut.

“Pemandu dan seorang lagi penumpang kereta mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-372 8477 atau tampil ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan