Tempoh Reman Suspek Bunuh Isteri, Dua Anak Disambung Seminggu Lagi

26/08/2024 12:54 PM

ALOR SETAR, 26 Ogos (Bernama) -- Tempoh reman lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya di sebuah bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala, di sini disambung seminggu lagi bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita warga asing dan anak perempuannya, masing-masing berusia 43 tahun dan 10 tahun, dengan kesan kelar pada leher di dalam longkang belakang bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala di sini pada 5 petang, Isnin lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga suami dan bapa mangsa ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang pada 9 malam hari sama.

Mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang disahkan anak bongsu suspek pula ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah, sehari kemudian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan