Tangkap Layar Palsu: Pejabat Menteri KPKM Lapor MCMC

05/09/2024 05:00 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tangkap layar palsu membabitkan bekalan baja kepada pesawah.

Dalam siaran medianya kementerian itu berkata laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran palsu dan tidak benar.

“Pejabat Menteri juga ingin mengesahkan bahawa tangkap layar yang dibuat itu adalah palsu.

“Pejabat Menteri ingin menafikan Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu ada mengeluarkan kenyataan ‘pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan’ seperti yang ditularkan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan