Guru Wanita Didakwa Ceroboh Pejabat Bekas Teman Lelaki

30/09/2024 12:29 PM

SLIM RIVER, 30 Sept (Bernama) -- Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menceroboh pejabat bekas teman lelakinya pada Mac lepas.

N Retha, 41, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth, 35, pada kira-kira 3 petang di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan  hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, melarang tertuduh mendekati mangsa hingga kes selesai.

Peguam N Villasini memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya merupakan ibu tunggal kepada anak berusia 14 dan 16 tahun, mempunyai bapa yang menghidap penyakit jantung selain telah berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa hingga kes selesai dan menetapkan 18 Okt ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan