Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Di Tepi Sungai, Lelaki Warga Nepal Ditahan

03/10/2024 12:17 PM

IPOH, 3 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai membuang mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi sungai di Larut, Simpang, Taiping semalam. 

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dalam berkata ia selepas polis menerima laporan daripada Bahagian Kecemasan Hospital Taiping kira-kira 3.32 pagi semalam.

Beliau berkata hospital berkenaan memaklumkan pihaknya telah menerima seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak, namun bayinya itu telah meninggal dunia, dan mayat bayi itu pula tidak dibawa bersama.

“Polis kemudiannya menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 34 tahun. Suspek telah menunjukkan tempat mayat bayi itu dibuang iaitu kawasan tepi sungai di Larut, Simpang, Taiping,” katanya.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan jalan membuang mayat dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan