Pesara Swasta Rugi Lebih RM163,000 Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud

04/10/2024 03:38 PM

KUANTAN, 4 Okt (Bernama) -- Seorang pesara swasta mengalami kerugian lebih RM163,000 selepas terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud Julai lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya lelaki itu telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali, yang menerangkan kepadanya berkenaan satu skim pelaburan, dan lelaki berumur lewat 50-an itu terus berminat untuk menyertainya. 

Beliau berkata setelah mendaftar, lelaki itu mendapati telah menerima RM5,000 di aplikasi yang diberikan oleh syarikat pelaburan selain diberitahu mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM 213.05.

"Wang keuntungan itu kemudiannya dipindahkan ke akaun lelaki berkenaan. Oleh kerana tertarik dengan pelaburan tersebut, lelaki itu telah membuat 15 kali pindahan wang dari akaun miliknya ke akaun yang diberikan.

"Pesara itu kemudiannya masih tidak dapat mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan setelah melabur lebih RM163,000 malah pihak pelabur turut memberi pelbagai alasan ketika ditanya mengenai wang pelaburannya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata lelaki itu hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan