BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 

Polis Musnahkan Bom Mortar Di Tampin

11/10/2024 08:14 PM

SEREMBAN, 11 Okt (Bernama) -- Sebutir bom lama ditemui di kilang Heveaboard, Industrial Park, Batu 3, Gemas Tampin di sini telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima laporan pada 8.09 pagi tadi mengenai penemuan objek menyerupai bom di kilang berkenaan.

Beliau berkata bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pergi ke lokasi kejadian dan mendapati ada objek berkenaan lalu memasang tali rintangan polis sebagai kawasan larangan dan bahaya sebelum memaklumkan kepada UPB, IPK negeri.

"Siasatan awal mendapati UXO (unexploded ordnance) adalah jenis mortar 60 milimeter dan panjangnya berukuran 35 sentimeter. 

"Tindakan pemusnahan dilakukan kira-kira 11.45 pagi tadi oleh UPB, IPK negeri dan IPD Tampin. Tempat kejadian itu merupakan bahagian proses pengasingan kayu kilang Heveaboard," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kerja memusnahkan bom itu dilakukan tanpa sebarang kecederaan, kerosakan harta benda mahu pun kehilangan nyawa. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan