Kanak-kanak Lelaki Maut Ditimpa Rekahan Simen Rumah Kedai

24/10/2024 06:40 PM

MELAKA, 24 Okt (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki warga Vietnam maut akibat ditimpa rekahan simen rumah kedai dalam kejadian di hadapan sebuah restoran makanan segera di Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Baru di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa yang berusia tujuh tahun dirawat di Hospital Melaka akibat cedera parah di badan dan meninggal dunia pada 10.12 malam hari sama.

Beliau berkata dua lagi mangsa iaitu bapa kanak-kanak itu berusia 42 tahun yang merupakan warga tempatan dan adik lelaki mangsa berusia lima tahun hanya cedera ringan.

“Ketika kejadian, mangsa bersama bapa dan adik lelakinya menaiki motosikal ke kompleks perniagaan itu untuk ke bank berhampiran restoran makanan segera tersebut.

"Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, rekahan simen di tingkat tiga bangunan restoran berkenaan tiba-tiba terjatuh dan menimpa mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan pelbagai kecederaan akibat impak objek berat yang jatuh ke atasnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan