13 Cedera Bas Bawa Pelancong Langgar Belakang Treler

25/10/2024 12:30 AM

IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Sebanyak 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera, apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di KM 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat Taiping, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu pemandu dan pemandu pelancong, dan selebihnya tiga lelaki dan lapan wanita yang merupakan warganegara Jepun.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bomba telah melaksanakan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas seterusnya diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

“Operasi tamat pada jam 3.52 petang,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan