Nelayan Didakwa Bunuh Lelaki Warga Pakistan

30/10/2024 01:11 PM

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.

Kiong Chan Kyam, 38, mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Kiong didakwa membunuh Rashid Mahmood, 48, di Jalan Burma kira-kira 4 petang, 21 Okt mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dihukum mati, penjara hingga 40 tahun dengan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil tidak menawarkan sebarang jaminan manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jan 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan