BALIK PULAU, 3 Nov (Bernama) -- Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di kawasan kebun durian di Jalan Besar Pulau Betong di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.
“Siasatan awal di lokasi kejadian berjaya menemukan beberapa tulang dan lokasi timbunan tanah bersama rangka disyaki manusia.
“Turut dijumpai di lokasi sama ialah serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sazalee berkata tulang dan rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu keputusan laporan bedah siasat dan laporan forensik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial