GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki warga Perancis di bawah pengaruh alkohol ditahan kerana bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas anggota polis ketika diperiksa dalam sekatan jalan raya di Bayan Indah, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menahan kereta Honda CRZ berwarna merah yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu sebelum melakukan pemeriksaan ke atasnya.
"Semasa proses pemeriksaan dilakukan, lelaki itu yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di kawasan Queensbay telah bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menolak anggota polis yang memeriksanya.
"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Cawangan Trafik Bayan Lepas untuk membuat saringan alkohol dan hasil daripada saringan itu mendapati dia di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial