Imigresen Tahan 18 Pendatang Asing Di Labuan

07/11/2024 01:47 PM

LABUAN, 7 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen Labuan menahan 18 pendatang asing termasuk kanak-kanak dalam empat operasi berasingan, Selasa lepas.

Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata penahanan kesemua warga Filipina, India dan Thailand itu dilakukan di pelbagai lokasi termasuk premis perniagaan di kawasan pusat bandar.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki, 11 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, kesemuanya berusia lingkungan tiga hingga 59 tahun,” katanya kepada Bernama hari ini,

Beliau berkata kesemuanya sedang disiasat lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan