Imigresen Kelantan Tahan 56 Pendatang Tanpa Izin Sekitar Kota Bharu, Machang

07/11/2024 06:41 PM

KOTA BHARU, 7 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan menahan 56 pendatang tanpa izin dalam satu operasi penguatkuasaan pada semalam dan hari ini.

Kesemua pendatang yang ditahan terdiri daripada 48 lelaki warga Bangladesh, empat lelaki dan tiga wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Nepal. 

Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata operasi itu dijalankan di sekitar Kota Bharu dan Machang bermula 11 pagi dengan kekuatan 18 keanggotaan.

Beliau berkata mereka yang ditahan berusia lingkungan antara 23 hingga 50 tahun.

“Kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan