BERITA TERGEMPAR   PM Anwar Ibrahim tiba di Great Hall of People bagi kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping | 

Polis Melaka Lupus Dadah, Racun Bernilai RM5.28 Juta

07/11/2024 09:00 PM

MELAKA, 7 Nov (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah dan racun seberat 651,909.85 gram bernilai RM5.28 juta dalam operasi pelupusan di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata pelupusan itu melibatkan barang kes membabitkan 1,921 kertas siasatan dalam tempoh 2002 hingga 2024 dan kesemua barangan berkenaan telah selesai prosiding di mahkamah dan dianalisis Jabatan Kimia.

"Pelupusan barang kes terbabit menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn Bhd memandangkan syarikat berkenaan mempunyai peralatan serta kepakaran dalam urusan melupuskan barangan berjadual," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata JSJN Melaka sentiasa komited serta serius dalam membanteras sebarang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri itu dan memohon kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti itu kepada pihak polis.

Katanya maklumat dan aduan berkaitan aktiviti itu boleh disalurkan ke jabatan berkenaan di talian hotline 012-2087222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan