TAMPIN, 10 Nov (Bernama) -- Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaikinya terbabas ke dalam gaung di KM26 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita berusia 67 tahun itu, anak lelakinya berusia 34 tahun yang juga pemandu kereta serta seorang lagi individu dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat sini.
“Berdasarkan siasatan awal, kereta jenis Honda City dipandu anak lelaki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter, yang berada di sebelah kiri laluan.
"Kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit yang merupakan penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata pemandu kereta itu mengalami patah tulang belakang manakala penumpang hadapan cedera ringan, kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tampin.
Kemalangan berkenaan, katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial