Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Nahas Kereta Dan Treler

21/11/2024 11:15 AM

MUAR, 21 Nov (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Bukit Gambir, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam nahas kira-kira 2.40 petang itu, pemandu treler berkenaan dipercayai terlelap sebelum hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya.

“Pada masa sama, telah datang sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki lapan sekeluarga merempuh sisi kanan hadapan treler terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, kanak-kanak berkenaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh lagi mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini

Raiz Mukhliz berkata pemandu treler itu yang mengalami cedera ringan kemudian ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dilakukan hari ini di Mahkamah Majistret Muar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan