Ibu Saudara Ditumbuk Hingga Mati Akibat Tidak Tahan Dikongkong - Polis

11/11/2024 03:19 PM

IPOH,  11 Nov (Bernama) -- Punca kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan membusuk di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang di sini, semalam dipercayai akibat ditumbuk berkali-kali oleh anak saudaranya yang hilang sabar kerana dikatakan sering dikongkong wanita itu.

Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata ia hasil soal siasat pihaknya ke atas lelaki berusia 21 tahun itu yang turut dipercayai mengurung mangsa.

"Suspek dikatakan menumbuk mangsa berkali-kali sehingga terjatuh tangga, dan telah mengurung wanita itu selama empat hari di sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Bagaimanapun kejadian itu terbongkar apabila adik mangsa mencari wanita berkenaan, selepas beberapa hari wanita itu tidak kelihatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Semalam Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata polis telah menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan