KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 34 tahun lemas selepas mengalami sawan dan kepalanya tersembam ke dalam tong berisi air di bilik air kediamannya di Taman Arus Permai, Jalan Padang Rokma, Tumpat, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.01 petang dan mangsa, seorang warga tempatan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat
“Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairi turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial