KOTA BHARU, 20 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan menahan seramai 24 pendatang tanpa izin daripada 54 individu yang diperiksa dalam operasi penguatkuasaan di empat daerah bermula Isnin lepas sehingga semalam.
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Imigresen Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata operasi pengkuatkuasaan itu dilakukan di daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Beliau berkata pendatang yang ditahan itu membabitkan 19 lelaki dan lima wanita warga Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Kemboja.
"Kesemua mereka yang ditahan ini berusia 18 sehingga 51 tahun dan akan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
"Imigresen menggesa setiap majikan hanya menggaji warga asing mempunyai pas yang sah dan orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat pendatang atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial