Polis Tahan Tiga Pengawal Keselamatan Cuba Larikan RM200,000

21/11/2024 05:07 PM

ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Polis menahan tiga pengawal keselamatan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan wang tunai RM200,000 milik sebuah syarikat keselamatan di Mergong pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 28 hingga 38 tahun itu ditahan di Balai Polis Alor Setar sekitar 12 tengah hari selepas diambil keterangan kononnya van syarikat yang dinaiki mereka disamun dan wang tunai RM200,000 telah dilarikan di sekitar Mergong.

“Helah tak menjadi apabila polis akhirnya berjaya menghidu dakwaan disamun  itu rekaan semata-mata dan banyak mencurigakan. Kita tahan mereka dan berjaya mendapatkan semula wang tunai RM200,000 berkenaan.

“Duit ini berjaya diperoleh semula di beberapa lokasi yang disembunyikan di sekitar Alor Setar susulan itu pihak pengurus syarikat turut membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga pekerja berkenaaan untuk siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua suspek direman tiga hari bermula semalam.

Syed Basri berkata hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek tiada rekod jenayah  bagaimanapun dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Polis turut merampas sebuah motosikal serta telefon bimbit milik suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan