PETALING JAYA, 26 Nov (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat percetakan didenda RM7,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan menyimpan dan menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jun lepas.
Majistret Farah Azura Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Hui Pooi Long, 47, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkenaan dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Hui didakwa menyimpan dan menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah yang dikeluarkan KDN di sebuah syarikat percetakan di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan pada 11.50 pagi, 7 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa KDN Mohd Amin Azhar Qairil Yusoff manakala Hui tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial