Murid Tahun Satu Cedera Dilanggar Kenderaan Dipandu Warga Asing

30/11/2024 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Seorang murid tahun satu cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu wanita warga asing di Bukit Sentosa, Rawang di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kejadian dipercayai berlaku pada 6.15 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu mahu melintas jalan. 

"Sebaik turun dari van sekolah, mangsa dikatakan menuju ke belakang van untuk melintas jalan sebelum dilanggar Mitsubishi Triton menyebabkan kaki kirinya patah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ahmad Faizal berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 46 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan